Kuantan: Seorang peniaga kedai cakera padat digital (DVD) maut selepas ditikam sembilan kali di dada dan belakang badan dalam kejadian di Jalan Haji Ahmad, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun sebelum itu makan di sebuah restoran di jalan berkenaan bersama dua rakannya masing-masing berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika menuju ke keretanya selepas makan, mangsa didatangi seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan terus menikam mangsa di bahagian dada.
"Mangsa kemudiannya cuba melarikan diri namun terjatuh sebelum suspek menikam semula mangsa sebanyak lapan kali sebelum melarikan diri.
"Mangsa kemudiannya cuba melarikan diri namun terjatuh sebelum suspek menikam semula mangsa sebanyak lapan kali sebelum melarikan diri.
"Orang ramai yang berada di tempat kejadian segera menghubungi pihak berkuasa sebelum anggota polis tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan," katanya.
Menurutnya, polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian itu namun tidak menolak kemungkinan motif dendam atau tidak puas hati terhadap mangsa.
0 Response to "Maut ditikam sembilan kali"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.