Saya nak minta pendapat dan nasihat Dr. Saya sering perasan ada rezeki hendak masuk, tetapi saat-saat akhir tak menjadi.
Sebagai contoh, saya menjual barang dan ada yang berminat untuk membeli barang berkenaan. Namun, pada saat akhir pelanggan berubah fikiran. Contoh lain, saya ada terima panggilan untuk temu duga kerja, tapi kemudian ia dibatalkan.
Perkara ini kerap juga berlaku seperti ada yang menghalang rezeki masuk. Jadi, saya hendak minta nasihat daripada Dr dan panduan yang boleh saya amalkan untuk buka pintu dan dimurahkan rezeki.
Izara
Izara
Batu Pahat
Antara perkara yang menyebabkan rezeki ditolak atau rezeki yang sempit ialah akibat melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil. Perkara ini boleh menyebabkan rezeki seseorang sempit atau disusahkan.
Firman Allah: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka sendiri.” (Al-A’raf: 96)
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah pasti akan melimpahkan barakah dari langit dan bumi kepada orang yang beiman dan bertakwa. Ini termasuk rezeki yang melimpah ruah dan kehidupan yang baik.
Antara perkara-perkara yang termasuk dosa besar ialah meninggalkan solat. Solat adalah tiang agama, maka sekiranya solat tidak dilakukan bermakna runtuhlah tiang agama tersebut. Jadi, orang yang meninggalkan solat tidak akan dikira amalan kebaikannya kerana perkara utama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah adakah sempurna solat seseorang. Jika sekiranya solat tidak didirikan atau tidak dilaksanakan dengan sempurna maka amalan seseorang akan tergantung dan beliau akan ditimpa kesusahan sama ada secara lahiriah atau batiniah yang tidak dapat kita lihat.
0 Response to "Kenapa Rezeki Ditolak?"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.