PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memerlukan tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari untuk melakukan pemantauan ke atas harga ikan yang mungkin naik ekoran pengurangan subsidi diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan pengalaman lalu, kenaikan harga ikan berlaku antara lapan hingga 13 peratus atau lima sen sekilogram selepas subsidi diesel dikurangkan.
Katanya, dengan pengurangan tersebut, harga diesel bagi nelayan di zon A, B dan C kini menjadi RM1.65 sen seliter berbanding RM1.45 seliter sebelum ini.
“Nelayan di zon C2 pula menjadi RM2.20 seliter. Setakat hari ini (semalam), saya dapati harga ikan yang dibawa dari Sekinchan, Selangor di Pasar Tani Putrajaya tidak berubah mungkin kerana harga diesel baru berubah.
“Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) akan mengimport ikan sekiranya terdapat kekurangan bekalan supaya harga tidak naik melampau,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
0 Response to "Harga ikan mungkin naik"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.