Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

GAJI PERMULAAN RM2,500 CUKUP JIKA URUS KEWANGAN DENGAN BAIK - PAKAR



Kuala Lumpur 7 Okt. - Pakar ekonomi dan pengurusan kewangan hari ini berkata, gaji permulaan sebanyak RM2,500 yang diperoleh oleh 'fresh graduate' sudah cukup sekiranya menguruskan kewangan dengan bijak selain mengamalkan tabiat 'mengukur baju di badan sendiri'.


Menurutnya lagi, purata jumlah berkenaan adalah munasabah kerana jika dibandingkan kemahiran mereka dengan risiko yang diambil oleh majikan yang menggaji mereka.

Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan CREDIT (AKPK) Mohd Adnan Anan Abdullah berkata, mereka yang boros tidak akan merasakan gaji mereka cukup mesti pun angka yang mereka peroleh setiap bulan adalah besar.

"Cukup atau tidak gaji bergantung kepada profil individu. Di Kuala Lumpur, mungkin sukar jika sering makan di luar kerana sehari pun, dalam tidak sedar boleh mencecah RM30.00, belum lagi jika ada tabiat seperti merokok", memetik Bernama.

Beliau juga berkata, jika kewangan masih belum kukuh, mereka yang baru memasuki alam pekerjaan tidak perlu tergesa-gesa membeli kereta.

"Memiliki kereta sendiri pada usia muda memang 'cool' tetapi perlu ingat bahawa kereta datang dengan pakej minyak, tol dan parking selain bayaran penyelenggaraan serta cukai dan insurans tahunan yang agak tinggi", katanya.

Pandangan kami yang sekadar rakyat biasa ini pula , RM2,500 memang lah cukup jika 'fresh graduate' itu seorang yang bujang dan hendak membujang dalam tempoh 4-5 tahun. Angka 2,500 itu memang cukup-cukup makan kalau di bandar. Kalau boleh simpan pun dalam RM 300- RM 800.

Tetapi masalah sekarang ialah:


  • Taraf hidup semakin meningkat 
  • Harga aset kekal semakin mahal (semakin hari semakin mahal)

Jika 'fresh graduate' ni tidak boleh menyimpan wang atau hanya boleh menyimpan wang dalam kuantiti yang sedikit, macam mana mereka ini hendak hidup di masa akan datang, dengan harga rumah dan tanah yang semakin mahal seperti tiada kawalan. Takkanlah nak menyewa sampai ke tua? Bagaimana pula dengan mereka yang mahu berkeluarga?

Katakanlah jika 'fresh graduate' mampu menyimpan RM 2,000 sebulan, ini bermakna dia akan mempunyai wang simpanan sebanyak RM 240,000 dalam masa 10 tahun. Katakanlah purata harga rumah pada tahun ini adalah RM 500,000 (rasanya lebih), simpanan selama 10 tahun pun tak mampu lagi membeli sebuah rumah di Malaysia.

Dan di tambah lagi, kami rasakan pada sepuluh tahun akan datang, harga rumah tadi tidak akan sama. Paling kurang pun RM 750,000. Itu tak dicampur lagi dengan interest dari bank.

Kesimpulan dari kami, jika dilihat dari sudut jangka masa pendek, angka RM2,500 itu boleh diterima pakai tetapi jika difikirkan dari sudut jangka masa panjang, rasanya angka itu tidak relevan memandangkan kos hidup yang semakin hari semakin melonjak naik dan harga asset yang semakin mahal serta tidak dilupakan, pinjaman kewangan dengan interest yang tinggi.

Ini bermakna, angka 2,500 itu perlu dinaikkan setaraf dengan bebanan kewangan yang dialami oleh rakyat pada masa ini dan akan datang.

0 Response to "GAJI PERMULAAN RM2,500 CUKUP JIKA URUS KEWANGAN DENGAN BAIK - PAKAR"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.