Tahniah buat Erin Malik dan pasangan yang kini sudahpun bergelar suami isteri. Tidak menyesal bernikah muda, pelakon cantik Nur Arina Abdul Malek atau Erin Malek, 20, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, ahli perniagaan, Mohd Farriz Mohd Fauzy, 30.
Dengan sekali lafaz, mereka selamat diijabkabulkan tepat jam 9.12 malam di kediaman ibu Erin di Ampang, di sini, sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan berwalikan bapanya Abdul Malek Mari dengan mas kahwin RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000 sambil disaksikan ahli keluarga terdekat serta sahabat handai kedua-dua pihak dalam majlis sederhana itu.
Pihak perempuan memberikan sembilan dulang hantaran termasuklah tapak sirih, cincin, al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek. Sementara, pihak lelaki membalas tujuh dulang iaitu sirih junjung, al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas berkenalan sejak hujung tahun lalu namun tidak menunggu lama membuat keputusan mendirikan rumah-tangga kerana keserasian yang terjalin antara mereka.
Menurut Erin dia tidak menyesal berkahwin pada usia muda dan percaya jodohnya sudah sampai. Meskipun dengan perbezaan umur yang besar, pelakon Misiku Kuza itu mengakui sangat selesa dengan Farriz.
0 Response to "Erin Malik tamat zaman bujang"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.