Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Ashanti Elliot Smith menghidap sejenis penyakit penuaan yang jarang berlaku dipanggil Hutchinson Gilford Progeria selain turut menghidap penyakit alopecia.
Namun, kekurangan yang menimpa dirinya tidak mematahkan semangat Ashanti untuk hidup seperti manusia lain terutaman dalam menimba ilmu di sekolah.
Tetapi amat menyedihkan apabila seorang guru mengarahkan dia membuang rambut palsunya hingga menyebabkan kanak-kanak ini menangis teresak-esak dan terus meninggalkan sekolah.
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di West Sussex membuat jiwa kecil kanak-kanak itu patah dan sedih.
Ibunya, Phoebe Smith menyatakan anaknya memberitahu cikgu menyuruhnya membuka rambut palsu berwarna merah jambu kerana ia boleh memberi pengaruh kepada rakan-rakan lain untuk mewarnakan rambut.
Dia yang benggang dengan kejadian tersebut menyatakan walaupun rambut palsu itu berwarna merah jambu pastinya anak-anak lain akan memahami melihat dirinya yang sakit.
Lebih menyedihkan apabila diberitahu rambut palsu itu sebenarnya didermakan oleh seorang teman kerana keluarga Ashanti tidak mampu membeli rambut palsu asli rambut manusia.
Kisah Ashanti sangat menyayat hati dan mendapat perhatian media lagi-lagi kini ayahnya sedang dipenjarakan kerana mencuri wang yang disumbangkan kepada Ashanti oleh satu pertubuhan amal untuk memenuhi keinginan hayatnya berenang dengan ikan lumba-lumba di Florida.
0 Response to "Budak 11 Tahun Hidapi Penyakit Paling Ganjil"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.