PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui mendapat tawaran untuk menjadikan anaknya, Lara Alana yg kini berusia dua bulan sebagai model iklan sebuah produk.
Awal, 33, berkata, dia tidak akan menyekat rezeki yg datang kepada bayi sulungnya itu, namun ia bergantung kepada produk yang dirasakan sesuai.
“Saya akui memang sejak isteri saya Scha mengandung lagi sudah dapat tawaran dan ada yg merisik untuk menjadikan bayi kami sebagai model produk mereka.
“Saya tidak ada masalah atau menghalang rezeki yg dia dapat biarpun masih kecil, tapi biarlah ianya bersesuaian dengan usianya seperti barangan bayi. Buat masa ini saya sedang mempertimbangkan tawaran yg datang,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Awal berkata, ia bukan bermaksud mereka menjadikan anak sulungnya itu sebagai salah satu sumber pendapatan keluarga.
Katanya, segala pendapatan yg diterima daripada hasil anaknya itu akan dijadikan sebagai simpanan untuk masa depan Lara.
“Saya pandang daripada sudut positif dan itu adalah rezeki dia. Lagi pun hasil yg dia dapat itu kita akan buat simpanan masa depan dia juga nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang perkembangan bayi comel itu, Awal menyifatkan Lara sudah menunjukkan ciri-ciri seorang yang sukakan perhatian.
Katanya, bayi tersebut lebih gemar dikelilingi orang ramai berbanding ditinggalkan bersendirian.
“Dia suka kalau orang datang mengerumuni dia, jika tiada siapa yg datang tengok dia akan menangis,” ujarnya. - mStar Online
0 Response to "Awal Ashaari Tak Sekat Rezeki Lara Alana "
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.