SOLAT adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama. Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesungguhnya sempadan di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat.
Apabila seseorang dapat menyempurnakan solat seperti yang ditunjukkan oleh nabi maka sempurnalah solatnya. Ia tergolong daripada orang yang beruntung di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Di dunia kerana solatnya itu dapat mencegah daripada melakukan kejahatan dan di akhirat, solatnya itu dapat mencegah daripada api neraka.
Semoga amalan solat kita di terima ALLAH dan tidak termasuk dalam golongan solat Munafik yang bercirikan tiga perkara berikut:
Semoga amalan solat kita di terima ALLAH dan tidak termasuk dalam golongan solat Munafik yang bercirikan tiga perkara berikut:
1. Solat bukan kerana Allah
Allah SWT berfirman dalam ayat 107 surah al-Taubah bermaksud, Dan di antara orang munafik juga ialah golongan yang membina masjid dengan tujuan membahayakan keselamatan orang-orang Islam dan menguatkan keingkaran mereka sendiri serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan Rasul sebelum itu. Dan apabila tujuan mereka buruk itu ketara mereka akan bersumpah dengan berkata: 'Tidaklah yang kami kehendaki mendirikan masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata'. Padahal, Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.
Dalam perjalanan pulang dari perang Tabuk, Rasulullah SAW memerintahkan para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan membakar masjid berkenaan bersempena turun ayat tersebut. Abu Amir al-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah SAW menyelar lelaki itu dengan perkataan jahat.
2. Solat dalam keadaan malas
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu-daya terhadap agama Allah dengan berpura-pura beriman sedangkan mereka kafir pada batin dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas hanya bertujuan riak kepada manusia supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman dan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali."
3. Merasa berat dalam solat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Seberat-berat sembahyang bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh. Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada kedua-dua solat ini, nescaya mereka tetap datang walaupun merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia bersembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."
0 Response to "3 Sifat Solat Munafik"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.