Jalan raya di Knightsbridge, barat London, memang dikenali sebagai tempat golongan kaya melaram kenderaan mewah yang dimiliki pada setiap musim panas, termasuk di kalangan hartawan Arab yang bernafsu besar.
Namun seorang wanita Russia semalam mencipta penanda aras baru apabila hadir menayangkan keretanya, MERCEDES CLS 350 yang dipakaikan dengan kristal mahal Swarovski.
Berdasarkan harga semasa, kereta itu bernilai £25,000 (RM133,000) tetapi perhiasan yang digunakan pada badannya dianggap mewah.
Pemiliknya, seorang siswi perniagaan dari Russia, Daria Radionova, 21, menjadikan kereta keluaran 2011 nampak amat bergaya.
Pemiliknya, seorang siswi perniagaan dari Russia, Daria Radionova, 21, menjadikan kereta keluaran 2011 nampak amat bergaya.
Kata Daria, dia mahukan sesuatu yang unik dan istimewa pada kereta berkenaan.
“Kereta ini dihias oleh pereka dari Russia.
“Mereka bekerja selama 12 jam sehari selama dua bulan untuk menyiapkannya,” katanya.
Ketika muncul di Knightsbridge, tidak sukar untuk Daria menarik perhatian ramai.
Ke mana saja dia memandu, katanya, orang ramai pasti akan menoleh takjub.
Namun Daria tidak bercadang menyimpan kereta itu selamanya.
“Suatu hari nanti saya akan menjualnya dan wang berkenaan bakal didermakan untuk pertubuhan kebajikan. - Agensi

0 Response to "Tayang Mercedes bertatah kristal"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.