Bukan hatinya tidak terguris dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan orang kepadanya sepanjang berdepan kemelut rumah tangga dan perceraian yang memeritkan.
Tidak cukup dengan gelaran perempuan mata duitan dan materialistik, dia terpaksa tebalkan muka turun dan naik mahkamah tanpa kenal erti penat dan jemu sepanjang kes mahkamahnya berlarutan sampai sekarang.
Namun, wanita berstatus ibu tunggal kepada dua anak yang juga pemilik nama sebenar, Rita Rudaini Mokhtar, 38, ini tetap tabah menempuh segala ujian itu. Semuanya demi memperjuangkan hak dan masa depan anak-anaknya sekali gus memastikan kehidupan mereka sekeluarga terjamin.
Baginya, dia kuat dan cekal berdepan ujian getir dalam hidup demi membesarkan dua anak lelaki kesayangannya yang semakin membesar itu.
Baginya, dia kuat dan cekal berdepan ujian getir dalam hidup demi membesarkan dua anak lelaki kesayangannya yang semakin membesar itu.
“Saya bukannya mata duitan ataupun materialistik kerana memfailkan tuntutan nafkah anak dan mutaah, sebaliknya apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk menuntut hak demi masa depan anak-anak.
Semoga Rita tabah dan segalanya akan berjalan lancar. InsyaAllah.
Sumber: Hmetro
sian rita hihi Tiz Zaqyah Dikecam Peminat Gara-gara Fesyen Bertudung
ReplyDelete