Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Rayuan Ditolak: Bekas Ahli Ruffedge Sah Dipenjara 20 Tahun Kerana MER0G0L


Tahun lepas kecoh kes pagar makan padi, seorang artis bekas ahli Ruffedge memperk0sa anak tirinya. Artis itu didapati bersalah dan penyanyi itu telah membuat rayuan.


Keputusan rayuan baru sahaja diumumkan hari ini. Mahkamah Tinggi telah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan terhadapnya atas kesalahan mer0g0I anak tirinya.


Mangsa merupakan remaja bawah umur baru berusia 14 tahun dan kejadian malang itu berlaku di rumah mereka di Gombak pada dua tahun lalu.


Hakim menolak permohonan tertuduh yang merayu pengurangan hukuman. Ini kerana kesalahan yang dilakukan penyanyi itu amat berat dan telah menyebabkan trauma berpanjangan kepada mangsa.


Sebelum ini, Hakim Nor Hazani Hamzah pada 6 September 2013 telah memutuskan tertuduh berusia 39 tahun itu bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.



Sumber: Kosmo

0 Response to "Rayuan Ditolak: Bekas Ahli Ruffedge Sah Dipenjara 20 Tahun Kerana MER0G0L"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.