Seorang pekerja yang sedang mengukur tanah untuk membuat jalan menemui rangka manusia dipercayai bayi dalam bungkusan plastik berhampiran semak di Jalan Todak, di sini, 11 pagi ini.
Lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit ketika itu baru selesai melakukan kerja ukur tanah dan mahu pulang.
Bagaimanapun, dia kemudiannya ternampak bungkusan plastik di atas rumput dan berpatah balik untuk melihat isi dalam plastik berkenaan.
Sejurus membuka plastik lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati ada tengkorak didalamnya.
Dia kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan tengkorak itu dan siasatan awal mendapati ia adalah rangka dipercayai bayi.
Sumber: Hmetro
0 Response to "Rangka bayi dalam bungkusan plastik"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.