Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Hajat terkandas di KLIA



FotoSeramai 98 bakal haji dari Kemboja terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Khamis lalu, selepas berlaku kesilapan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

Difahamkan, bakal jemaah haji terbabit tiba dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dari Phnom Penh dan sepatutnya ke Jeddah, semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines.

Mereka tiba ke negara ini menerusi dua penerbangan iaitu MH755 dan MH763 dan transit di KLIA sebelum ke Jeddah.

Ketua rombongan, Ariffin Ismail, 45, berkata, mereka tidak boleh berlepas ke Jeddah berikutan kesilapan pembelian tiket diuruskan pihak agensi haji di Phnom Penh yang ditempah sebagai penerbangan biasa.

"Berikutan itu, kami semua tidak dapat meneruskan perjalanan ke Jeddah disebabkan kesilapan pada tiket berkenaan. Saya menghubungi pihak agensi di Phnom Penh namun mereka seolah-olah menuding jari SERTA tidak mahu mengakui kesilapan.

"Agensi yang menguruskan perjalanan kami menyalahkan pihak syarikat penerbangan SERTAlambat bertindak. Kami buntu dan tidak tahu hendak ke mana," katanya ketika ditemui di KLIA di sini.

Ariffin yang juga guru agama di Kemboja, berkata mereka berharap ada pihak yang membantu menguruskan perjalanan ke tanah suci.

"Waktu wukuf adalah pada Rabu depan dan kami berharap sangat dapat ke tanah suci seboleh-bolehnya Isnin ini. Niat kami memang ke tanah suci dan sekiranya tidak dapat ditunaikan, kami berasa terkilan," katanya.

Bakal jemaah haji, Yousoh Yab, 35, berkata, dia berharap masalah berkenaan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan mereka menghadapi kesukaran sepanjang terkandas di KLIA.

"Kami terpaksa tidur di beramai-ramai di atas lantai. Malah, menghadapi kesukaran untuk mandi memandangkan terlalu ramai.

"Ada di antara kami mempunyai saudara di Malaysia dan mereka datang membawakan makanan. Saya berharap sangat dapat ke Tanah Suci kerana ini kali pertama saya mahu ke Makkah," katanya.



update terbaru: Jemaah terbabit akhirnya dapat ke Jeddah dengan bantuan MAS. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.


Sumber: Hmetro

0 Response to "Hajat terkandas di KLIA"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.