Seorang penuntut Perubatan Universiti Zagazig di Mesir cedera parah selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah, manakala tiga rakannya mengalami kecederaan ringan dan ditahan di wad Hospital Universiti Zagazig.
Dalam kejadian jam 4 petang (waktu Malaysia) Muhammad Syafiq Abdullah Hashim, Muhammad Miftahuddin Sufiyan,Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum kenderaan dinaiki terbabit kemalangan.
Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Sumber: Hmetro
moga semuanya selamat.. insyallah aminnn.. Pejabat Istana Kelantan Temui Media? Ada Kaitan Dengan Isu Perkahwinan Dan Neelofa?
ReplyDelete