Sebanyak 11 motosikal musnah terbakar di Flat Taman Kapar Setia, di sini, awal pagi semalam, selepas kejadian 29 kenderaan dibakar di Shah Alam, Serdang Perdana serta Senawang, Negeri Sembilan, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang penghuni juga hampir maut selepas terperangkap lebih 10 minit di dalam kediamannya akibat kebakaran motosikal berkenaan.
Mangsa, R Suresh, 34, berkata, itu adalah 10 minit yang mendebarkan dalam hidupnya apabila dia terperangkap di dalam rumah di tingkat satu flat berkenaan sebelum nekad terjun melalui tingkap balkoni bagi menyelamatkan diri.
Menurutnya, dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya ketika itu sebelum terasa bahang panas mengakibatkan dia terjaga.
Menurutnya, dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya ketika itu sebelum terasa bahang panas mengakibatkan dia terjaga.
“Sebaik saya bangun dan menuju ke pintu depan, saya lihat cahaya kemerah-merahan di luar sebelum terdengar bunyi letupan kecil dari bahagian tempat letak motosikal di bawah rumah.
0 Response to "Debaran 10 minit Kebakaran"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.