Menurutnya, dia bukan bertujuan hendak memfitnah mahupun mengaibkan Lissa atau Norhazlin (pengasas Omiey Home), tetapi hendak menyedarkan orang ramai tentang apa yang berlaku dalam pusat pelindungan itu sebenarnya.
"Saya berani bersuara sebab pernah bekerja dan pernah melalui serta nampak di depan mata apa yang berlaku setiap hari.
"Kita berusaha selamatkan kucing, rawat dan jaga guna duit sendiri. Bukannya hanya kerja meminta dana setiap hari." jelas sumber.
Pendedahan dari sumber itu mendapat respon positif. Ramai yang tampil mendedahkan tembelang Omiey Home. Baca pendedahan di bawah:
SAKSI 1: "Omiey Home tu samalah seperti pusat PEMBUNUHAN KUCING. Jadi pada sesiapa yang dah tak mampu nak bela kucing kat rumah tu lebih baik bunuh sendiri je daripada pergi bagi si Lisa tu yang bunuh yaa. Takde maknanya bagi dia RM50 seekor, jawapannya kucing tu pasti akan mati dalam masa tak sampai seminggu atau lebih. Yang pasti AKAN MATI di situ. Sekian."
SAKSI 2: "Saya dah tak boleh nak hormat manusia yang pakai topeng macam tu. Kalau boleh nak libas dengan pedang samurai atau kasi tembak kepala dia berkali-kali sampai dia mati berkali-kali. Itulah tahap kemarahan saya yang takkan berpenghujung selagi pusat pembunuhan tu wujud di dunia ini!"
SAKSI 3: "Last² salahkan pekerja tak bagi makan ubat. Kucing-kucing yang dah tak mampu bergerak, takde pun sediakan wetfood suruh pekerja suapkan. Bila saya tanya, 'wetfood takde ke?'. 'Esok aku hantar', sampai ke sudahlah. Payahlah dapat manusia fikir duit semata-mata. Tiap-tiap hari saya tengok minta dana. Tapi pelik dana tu guna untuk apa ya? Makanan selalu tak cukup, setakat MIA kat 99 Speedmart tu seguni RM50+. Itu pun kadang-kadang pukul 4 petang makanan tak sampai lagi. Kucing dah kebulur teruk. Nak suruh saya dahulukan duit beli makanan kucing? Gaji pun lambat. Gaduh dulu baru dapat. Entah apa ada kat otak Lissa tu. Sayang kucing ke sayang duit? Nak turun shelter pun susah. Dengan alasan dulu aku dah buat kerja-kerja ini. So sekarang kau lepas tangan macam tu kat pekerja kau? Ya Allah, bukakanlah pintu hati si Lissa tu. Korang kalau nak pergi tempat tu sebelum pukul 12 tengah hari, terjah je. Tapi makcik midah tu bagi ke masuk? Pukul 9 pagi korang pergi, macam-macam korang boleh nampak. Bukan setakat menangis, muntah hijau pun boleh. Saya dah lalui."
SAKSI 4: "Saya yang pergi 3-4 kali pun dah jadi sakit jiwa! Balik rumah terus tak boleh tidur, menangis-nangis walaupun dalam tidur yang tak lena tu. Tak lalu nak makan sebab memikirkan bebudak dalam shelter tu yang sangat kebuluran. Bagi makan pun makanan yang tak sesuai langsung! Kucing tua dah takde gigi, kucing sakit semua bagi makanan yang dibeli kat Speedmart tu? Ya Allah... patut dia je yang makan makanan tu! Saya tak dapat bayangkan kalau saya berada di shelter tu setiap hari selama sebulan pun cukuplah buat saya jadi gila! Ya pasti gila dan saya akan jadi pembunuh si Lisatan tu kot!"
Begitulah luahan hati sedih dan marah saksi-saksi yang pernah melihat 'wajah' sebenar Omiey Home. Namun, hasil siasatan yang dilakukan oleh para pencinta kucing ini menggunakan nombor account bank mendapati, Norhazlin sebelum ini pernah membuat penipuan juga melalui laman CariGold dengan menawarkan pekerjaan online yang mengkehendaki orang yang berminat harus membayar RM100 sebagai pendahuluan. Dia juga dipercayai membuat penipuan terbaru dengan menyediakan servis membuat video tutorial. - My Media Hub (sumber asal SINI)
Pernah tengok Omiey Home di Setapak.. kucing² yang dibawa macam tak sihat je.
Klik untuk besarkan
Sumber mymediahubonline.blogspot.com
Kisah sayu pakcik tua meninggal dunia tanpa diziarahi anak! (Wajib Baca)
ReplyDeleteHOT !! PEMINAT TEGUR ZAQUAN MUAT NAIK GAMBAR AYU MENYUSU ANAK
ReplyDeletewww.mediahub.com.my/peminat-tegur-zaquan-muat.html