Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Bakar rumah berang pasangan lari

Foto

Seorang lelaki bertindak membakar rumahnya di Taman Gopeng Jaya, di sini, selepas bertengkar dan tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang meninggalkannya, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 40-an dan tidak bekerja dikatakan bertengkar dan tidak lagi bersefahaman dengan isterinya sehingga menyebabkan isterinya itu kerap melarikan diri ke rumah ibunya yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka. 

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan suami isteri itu kerap bertengkar menyebabkan si isteri sering lari ke rumah ibunya dan meninggalkan suaminya untuk beberapa hari sebelum kembali pulang ke rumah. 

“Saya selalu menasihat mereka supaya bertolak ansur dan berbaik-baik semula, tetapi sebaliknya si suami memarahi saya kerana mencampuri hal rumah tangga mereka.

“Si isteri ada mengadu kepada saya jika dia meninggalkan rumah lagi suaminya akan membakar rumah mereka. Saya tidak sangka tindakan itu benar-benar terjadi semalam (kelmarin),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Sumber: Metro

0 Response to "Bakar rumah berang pasangan lari"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.