Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Video: Sanggup Makan Pasta Di Lantai Demi Promosi Produk


SEORANG pengurus kanan penjenamaan produk dari Kanada, Ravi Dalchand sanggup menjamah pasta di lantai demi membuktikan keberkesanan produk vakum pembersih yang dipasarkan oleh syarikatnya.

Tindakannya yang membuat demonstrasi di kawasan stesen kereta api mendapat tumpuan pengguna pengangkutan awam tersebut malah ada yang ‘jijik’ melihatnya tergamak mengutip dan memakan pasta yang sengaja ditaburkan di lantai.
Tujuan Ravi adalah untuk membuktikan bahawa produk terbaharu mereka sangat berkesan menanggalkan kotoran di lantai sehinggakan dia tidak ragu-ragu makan di situ.
Malah, dia dengan selamba boleh ambil sekeping roti yang kemudiannya dicecah pula dengan sos pasta yang dimakannya tadi. Pelik betul manusia sekarang ini. Macam macam ragam.

2 Responses to "Video: Sanggup Makan Pasta Di Lantai Demi Promosi Produk"

Note: Only a member of this blog may post a comment.