Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Tempoh Serah Diri Berakhir



Tempoh penyerahan diri 15 individu yang berpesta bogel di pulau pinang berakhir malam tadi. Polis akan memburu sehingga ke lubang cacing 15 individu yang terlibat dalam aktiviti riadah dan sukan secara berbogel di Pantai Teluk Kampi di Taman Negara Teluk Bahang dekat sini pada Mei lalu sekiranya mereka gagal menyerah diri bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya akan mendedahkan gambar serta maklumat mana-mana 15 individu terbabit yang gagal tampil setelah diberi tempoh untuk berbuat demikian sehingga tengah malam tadi.
“Saya akan tunggu sehingga tengah malam ini (malam tadi) dan sekiranya mereka berdegil, saya akan mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah negeri untuk mendedahkan gambar dan maklumat mereka di media bermula esok (hari ini).

Sehingga kini, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang juga peserta Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 bagi membantu siasatan. Wanita terbabit yang dikenali sebagai Ellen dan bekerja sebagai guru muzik ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di kawasan Bayan Baru. olis juga sudah mengenal pasti penganjur dari Malaysia iaitu Chew Tok Hwa, 57, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.


“Warga asing terbabit turut tidak akan terlepas kerana segala maklumat mereka telah pun kita ada,” katanya.
Susulan tersebarnya video bogel 15 individu yang berpesta di tepi pantai dengan pelbagai permainan yang menimbulkan kemarahan orang ramai, diharapkan pihak berkuasa melakukan tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

0 Response to "Tempoh Serah Diri Berakhir"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.