Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Meraung disimbah minyak


Foto

Kerana tidak diberikan makanan, seorang kutu rayau bertindak menyimbah minyak panas ke badan seorang pekerja medan selera di Kompleks Pertama, di sini, menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital, semalam.

Mangsa Sofea Batrisyya, 30, yang juga warga Indonesia didatangi seorang lelaki ketika dia bekerja di medan selera terbabit.

Suspek yang juga seorang kutu rayau berusia 40 tahun itu dikatakan meminta makanan daripada mangsa tetapi tidak dihiraukan.

Lelaki itu yang kemudiannya marah kerana tidak diberikan makanan terus masuk ke dalam dapur dan mengambil minyak panas.
Suspek menyimbah minyak panas berkenaan ke badan mangsa menyebabkannya menggelupur kesakitan sebelum dibantu oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

7 Responses to "Meraung disimbah minyak"

  1. kan dah jadi kes . dahlah pekerja indon . ada permit ke x. rawatan pun banyak belanja. minta nasihat dari ku nan (KONAN).

    ReplyDelete
  2. permit x permit..dia bukan mencuri pun smpai dilayan mcm tu..si penyimbah tu yg patut mampos..hidup xdak gunA..keja ke tak,xtawu la smpai mkn pun mintak kat org..puihhh

    ReplyDelete
  3. kan... yg salah tu yg tukang simbah minyak panas... bukannya salah pekerja indonesia tu... dia pun tak minta kejadian ni berlaku lagi2 menyusahkan kerajaan... dia bekerja nak cari rezeki tu... bukannya macam tukang simbah minyak tu sesuka hati mintak makanan... kerja tak mau.

    ReplyDelete
  4. yg tukang menyimbah tu salah, dah la mintak makanan kat pekerja tu,pastu nk simbah simbah minyak kat org .. kalau die kena simbah baru dia tahu rasa kena simbah ..aku simbah gak asid kat muka die kang ..

    ReplyDelete
  5. Semua salahkan yang menyimbah minyak, tak tahu lagi apa yg kena simbah tu response ketika org tu meminta makanan, tiap2 kejadian allah yg tetapkan...kena respect others if nk dihormati.

    ReplyDelete
  6. yg tukang simbah tu patut di salahkan....gelandangan ni sbnrnye org yg malas nak keje....harapkan bantuan NGO n org ramai....naik lemak la diaorg ni

    ReplyDelete
  7. dua2 salah..si indon x mmpunyai belas kasihan..si penyimbah tidak mmpunyai sifat kesabaran.. :) jika slh satu antara mreka mmpunyai sifat positif..mnde ni xkan trjadi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.