Hasrat seorang suami untuk membawa isterinya menghadiri jemputan kenduri seorang saudaranya di Kampung Durian Guling, Marang, tidak kesampaian apabila kenderaan pacuan empat roda Nissan Frontier dinaiki mereka, terbabas dan merempuh pembahagi jalan menyebabkan wanita berkenaan maut, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian di Kilometer 43.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berdekatan pekan Sungai Tong, dekat sini, Che Minah Che Soh, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurut suami mangsa, Abdul Manaf Husin, 57, dari Taman Perumahan Rumah Murah Kampung Raja, Besut, sebelum kejadian itu dia memandu pada kelajuan biasa.
Katanya, ketika berada di satu selekoh tiba-tiba tayar belakang kenderaannya tergelincir berikutan jalan licin dan dia gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan menyebabkan isterinya tercampak keluar.
Katanya, ketika berada di satu selekoh tiba-tiba tayar belakang kenderaannya tergelincir berikutan jalan licin dan dia gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan menyebabkan isterinya tercampak keluar.
“Selepas keluar dari kenderaan saya memeluk isteri dan sempat mengajarnya mengucap sebelum dia meninggal dunia di atas pangkuan saya.
“Saya hanya luka kecil itu dan walaupun reda, namun di hati tetap sedih kehilangan isteri di hadapan mata,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Abdul Rahman Raja Mohamed berkata, difahamkan kenderaan pacuan empat roda berkenaan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.
“Sebaik tiba di tempat kejadian pemandu kenderaan itu gagal mengawal kenderaannya lalu hilang kawalan dan terbabas merempuh tiang lampu sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Isteri mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber : hmetro
0 Response to "Meninggal di pangkuan Suami"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.