Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

‘Enggan pilih mati’

Foto
Dia hanya mampu menggerakkan mata dan lidah kerana kecacatan fizikal dialami sejak berusia dua bulan, namun tidak menghalang pendakwah Islam tersohor Arab Saudi, Ammar Bugis untuk menggapai kejayaan.

Meskipun bergelar orang kurang upaya (OKU), namun kecekalan serta daya ingatan istimewa dimiliki Ammar, 28, membolehkannya menghafal 30 juzuk al-Quran pada usia 13 tahun.

Malah, beliau dinobatkan sebagai mahasiswa terbaik ketika mengikuti pengajian sarjana muda kewartawanan di Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah.

“Ketika membesar saya ada dua pilihan, sama ada tinggal di rumah menunggu untuk mati atau teruskan kehidupan dan mencapai cita-cita. Akhirnya saya ambil pilihan kedua dan bertekad menewaskan kecacatan saya,” katanya yang menghidap penyakit Werdnig-Hoffman.

Kini Ammar bukan saja menjadi wartawan akhbar Ukaz di Arab Saudi, malah pengulas sukan stesen televisyen serta pensyarah universiti di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Sumber: Hmetro

1 Response to "‘Enggan pilih mati’"

  1. (VIDEO) KLIK DI SINI untuk Watch Saxy Wartawan Rebecca Geran On Camera bodoh Merebut Di Los Angeles Clippers Permainan (VIDEO)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.