Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Apakah Hukum Bagi Orang Yang Berhadas Besar Mengambil Wudhu?

5
Soalan : Apakah Hukum Bagi Orang Yang Berhadas Besar Mengambil Wudhu? 
Orang yang berhadas besar itu adalah orang yang berada dalam keadaan berjunub dan perempuan yang dalam keadaan haids. Namun dua keadaaan ini mempunyai kedudukan hukum yang berbeza kerana keadaannya masing-masing.


I. Orang yang berjunub mengambil wudhu’
Adalah disunatkan bagi orang yang berjunub yang belum mandi wajib untuk mengambil wudhu apabila hendak tidur, makan dan minum dan juga ketika hendak mengulang semula persetubuhan.
Diriwayatkan daripada Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha,beliau menceritakan:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur, sedangkan Baginda berada dalam keadaan junub, Baginda membasuh kemaluan Baginda (terlebih dahulu) dan mengambil wudhu (sepertimana wudhu) untuk sembahyang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat lain pula, Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha berkata:
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila dalam keadaan junub lalu Baginda hendak makan atau tidur, Baginda mengambil wudhu sepertimana wudhu Baginda untuk sembahyang.” (Hadits riwayat Muslim)
2. Hukum berwudhu bagi perempuan yang dalam haidh atau nifas :
Jika darah haidnya masih keluar (belum kering), tidak disunatkan baginya untuk berwudhu. Ini adalah kerana wudhu tidak memberi apa-apa kesan pada mengangkat hadas perempuan haid atau nifas yang masih keluar darahnya. Maka tidak sah bersuci daripada hadas ketika darah haid atau nifas masih keluar.
Jika darah haidh atau nifasnya sudah berhenti (kering) tetapi dia belum mandi wajib, maka disunatkan ke atasnya untuk mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum.
Ini kerana apabila darah haid atau nifas perempuan tersebut sudah berhenti, maka hukumnya adalah seperti orang yang berjunub; iaitu sunat ke atasnya mengambil wudhu jika dia hendak tidur, makan atau minum kerana ia memberi kesan pada hadasnya (terangkat hadas kecil).
Berdasarkan penerangan di atas, tiada halangan bagi orang yang berjunub dan juga perempuan yang kering haidhnya tetapi belum mandi wajib untuk mengambil wudhu pada waktu-waktu tertentu sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa hadits. Sekurangkurangnya dengan melakukan wudhu dapat meringankan hadas yang ditanggung oleh keduanya sebelum mandi untuk mengangkat hadas.


Sumber: I-malaysiakini

0 Response to "Apakah Hukum Bagi Orang Yang Berhadas Besar Mengambil Wudhu?"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.