Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun Zhao Xinrui kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam. Sejak menunjukkan tanda-tanda ketika berumur 5 tahun, dia ditinggalkan ibunya.
Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.
Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.
Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.
BADAN Xinrui dipenuhi bulu hitam dan lembut seperti kucing.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.
Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.
“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.
Cita cita terbesar Zhao Xinrui adalah ingin dipulihkan supaya dia boleh memakai baju musim panas dan berenang seperti kawan kawannya yang lain.
kesian budak ne
ReplyDelete