Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Kasih Abang Sampai Mati


Photo: Kasih abang sampai mati

Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Via: Harian Metro * myMetro
Hensem: Oh! Media
Menyayat hati apabila seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.


Kejadian menyayat hati ini berlaku di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Punca adalah daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.
Foto
Menurut Ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula jam 5 petang semalam sehingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.

15 Responses to "Kasih Abang Sampai Mati"

  1. Korang nak bersangka baik...silakan
    Tapi ini lah bapa yg ada 9 akal 1 nafsu...
    9 akal tak boleh membendung 1 nafsu...sifat durjana sendiri di bulan ramadhan...
    Alfatihah utk arwag si abang yg sngt penyayang kpd adik2nya..
    Kalau aku jadi siibu..aku akan bergadai nyawa utk anak dlm usaha memanggil bantuqn perubatan...dah tak guna taat pd lelaki spt itu..

    ReplyDelete
  2. Betul tu tiada guna nak bersanka baik kepada si bapa. Si ibu pun satu apalah takut sangat kat si bapa tu anak sampai sembilan hanya berbukakan bubur nasi dan air kosong suami macam tu yg hendak ditakut kan kalau pun pangil jiran semua si bapa pun tak dapat buat apa bah.bukan nya anak tu nak pergi mencuri atau merompak cuma hanya nak pergi kerja apa salah nya. Untuk arwah semoga ditempat kan bersama orang orang beriman.

    ReplyDelete
  3. Betul tu tiada guna nak bersanka baik kepada si bapa. Si ibu pun satu apalah takut sangat kat si bapa tu anak sampai sembilan hanya berbukakan bubur nasi dan air kosong suami macam tu yg hendak ditakut kan kalau pun pangil jiran semua si bapa pun tak dapat buat apa bah.bukan nya anak tu nak pergi mencuri atau merompak cuma hanya nak pergi kerja apa salah nya. Untuk arwah semoga ditempat kan bersama orang orang beriman.

    ReplyDelete
  4. semoga arwah abang yang bertanggungjawab ini ditempatkan di dalam syurga bersama2 org yang beriman. sepatutnya si bapa bangga punya anak begitu tapi.... x tahulah mana letak otak si bapa ni....

    ReplyDelete
  5. Subhanallah....smpai hati Si Bapa buat seorg ank mcm tu.Buat Si Ank...smga kau di tmpt kn bersama2 org yg beriman.Diluas dn di lapang kn segala pintu kenekmatan buat mu di alam barza...InshyaAllah.Al Fatiha buat Arwah nya.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! Sedih betul, sampai mengalir air mata~satu peringatan kpd kita semua~dlm bln Ramadhan ini rajin2lah bersedekah~mungkin jiran kita mcm keluarga si arwah ni~dan mungkin kita dpt mengelak trajidi sebegini~insya-Allah.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailaihirajiun .. Takziah kpd c abg yg sgt penyayang ne . semoga ditempat kan dlm golongan org yg beriman . Sampai nya hati bapa nya buat bgtuu . Ni bulan ramadhan lah ! Sama sama kita sedekah kan al fatihah utk pemuda ini . #AlFatihah

    ReplyDelete
  8. kesian si abang.. innalillahwainnalillahirojiun.
    harap harap wardina tak keluarkan kenyataan dia lagi. tak sanggup nak tahu. huhu

    ReplyDelete
  9. saya sangat bersedih dengan kejadian yang menimpah keatas keluarga mereka hanya allah s.w.t sahaja yang boleh mengampunkan dosa si ayah tu..mungkin ketika itu bapanya,tak dapat mengawal kemarahan dan melepaskan tindakan secara tidak sengaja..apa2 pun kesalahan tersebut memang ada pada diri si bapa kerana memukul anknya dengan kayu keras sehingga pengsan ...mudah mudahan adik muhammad hafiz ditempat dikalangan orang yang beriman ...ameen..

    ReplyDelete
  10. Cara yg slah tok tdk mmberikn ke izinan..seharusnye d bincang dgn cara yg elok bkn dgn kekerasan...niat d aty arwah sungguh mulia dan suci untok meringan kn beban ketua keluarganye yg d panggil ayah..arwah seorg yg prihatin pde adik2nye yg tdk sggup mlihat adik2nye mkn bubur stiap ary..seorg ayah harus brfikir positif dgn tenang bukan brtindak spt org samseng yg xde akal ... ap gunenye ALLAH bg kite akal?? Tok ap ALLAH bg kite akal?? Bertindak spt seorg manusia yg tdk mmpunyai akal dan otak... bleyh ker seorg ketua keluarge ini d gelar ayah yg sggup mmukul ank nye yg brhati mulia dan suci ini shingge mati?? Smoga arwah brada d tmpatkn org yg briman..Al-fatihah... (menangis sye bace brite ini)

    ReplyDelete
  11. Sdih plak bc....Smpai nya hti...bkn nya arwah bwat bnda jhat pon...smoga arwah d tmpat kn d tmpat org2 b'iman..amin...pa la nsib kluarga arwah slepas k'prgian s'org abh yg p'yanyang...smoga k'hdupan mreka b'tmbah baik & d lndungi Allah....

    ReplyDelete
  12. P'gorbanan seorg abg hngga akhir hyat nya..Ya Allah,Kau tmpat kn la arwah d tmpat org2 yg b'iman..Amin3..al fatihah..

    ReplyDelete
  13. semoga ditempatkan di kalangan orang yg beriman..sebaya umur aq n dy..:'(

    ReplyDelete
  14. mcm ne masyarakat setempat tidak mengetahui kekurangan keluarga ini..bukankah dibulan mulia ini kita dianjurkan supaya memasak makanan berlebihan dan sedekahkan kpd jiran tetangga..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg solleh...kpd bapanya pula sememangnya beliau ada sebab sendiri x izinkan anak kerja..tp sikap begini tidak patut ujud pd bapa yg brtanggungjawab..9 akalnya tidak dpt mengawal 1 nafsu amarahnya..ibu pula tidak sebijak ibu mithali..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.