Hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.
Pembayaran tersebut akan dilakukan pada 15 July ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta. Dengan bantuan khas ini, kerajaan berharap dapat meringankan beban penjawat awam dan juga pesara kerajaan.
Apa komen anda?
0 Response to "BONUS RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM SEMPENA RAYA 2014"
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.