Sekadar perkongsian untuk semua. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:
1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.
2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.
3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.
5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.
6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.
7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.
8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.
9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.
Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.
10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.
11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.
12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.
13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.
14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.
15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.
16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.
17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.
18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.
19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.
20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.
Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. InsyaAllah dalam artikel terbaru saya akan saya kongsikan pula dengan pembaca tanda-tanda jin jantan menyintai seorang wanita.
Adalah sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.
what a bunch of horseshit
ReplyDeletenonsense!
ReplyDeletethe person who said it is horseshit or nonsense should ask a professional in this topic...and if it's true....you are the horseshit...
ReplyDeletebudak2 sekarang... mana ada ilmu langsung pasal alam ghaib / islam itu sendiri. semuanya sekular...
ReplyDeletesometime saya ade jugak rasa beberapa tnda di atas..
ReplyDeleteeh, dia takde cakap i love you ke ape? tak romantic betul la jin ni hehehe. and still i agreed, this is a merely bunch of horseshit and please dont go into the bullshit zone. just dont.
ReplyDeleteanon yang menyokong ni dah la bodoh. cakap orang pulak bodoh. Islam takde pun suruh percaya orang lonely tu bercinta dengan jin la apa la. Sia-sia je pergi belajar agama lepas tu percaya horseshit kat internet.
ReplyDeleteDalam Al-Quran ada sebut x pasal nih ? bg la hadith skit .. jgn duk cita ja
ReplyDeleteaps tanda2 jin jantan mencintai wanita plak? nak tau..citerla cpt
ReplyDeleteSelepas baca, mmg teruja...syok juga kalau ada jin pompuan tu, sebab dlm text tadi ia menyebut ttg dpt tarik perhatian pompuan.. Badan pun sihat dan kuat sebab selalu buat 'sex'....Laki mana tak nak....hahahahaha
ReplyDeleteIni cerita katon.....khayalan penulis script ni.....hehehe.....padan lah banyak orang suka pakai seluar jin (jean) .....rupa2 nya jin pun ada pakai seluar...seluar jean ada jual kat kedai.
ReplyDeletejika xtau jangan mudah mencela.. seolah olah kalian sngat bangga krana tdak percaya.. jika klian rjin medengar ceramah agama dan tjuknya tentag jin & syaitan.. kalian x xkn mnolak mmbabi buta.. ustaz haryanto sndiri pnah bercerita tentang sahabatnya yg belajar d al azhar sering didatangi jin yg mnyukainya.. jin juga mmpunyai nafsu.. maka tdak hairan jika ia suka kpada mnusia..
ReplyDeleteyg minta bukti dlm al quran tu jgn badget bgus sngt. tdak semua perkra itu perlu ad tercatat dlm al qurn or hadis. ckup skadar dbuktikan dr sudut lain olh yg profesional dlm bdang ni.. dan ingat kwujudan jin dan syaitan tercatat dm al quran.
ReplyDeletesbg cth. pngambilan dadah dn ganja adalah haram.. tp xd pn dlm al quran. knapa ko xmntak bukti dlm l quran pasal ni?
ps. jgn terlalu bodoh sombong..
Kalau bodoh bleh diajar...tp klu bodoh sombong...bodoh la smpai bila2..
ReplyDeleteNowadays dah jd trend org blogging without bagi source/link/citation sbg rujukan pembaca. U can blog about it tapi kukuhkah dgn bukti so org can refer. And org yg baca simply share n percaya without buat research dlt ustaz/buku/websites agama. Please lah dont be so narrow. Facebook is not a source of information. Haih sadis. Kalau benda ni betul/tipu pun to believe it is to have proof dan sokongan dari org2 yg lebih arif. Bukan keyboard warrior/blogger mcm ni. Come on la malukan bloggers je.
ReplyDeleteaku boleh terima yang part " jin betina boleh jatuh cinta pada manusia lelaki " sebab kita mana tau kan? jin tu sure wujud dan ada kemungkinan yang ia boleh jatuh cinta pada manusia..tetapi yang aku tak percaya adalah symptom2 yang diterangkan tu..macam mana kita nk tahu yang itu betul? tak dak source yang boleh membuktikan yg ianya betul daripada segi saintifik, logik mahupun agama..i'm personally can come up with a hoax like this, let's say yang aku jalan sorang2 kemudian terjatuh disebabkan aku ter-slip pada sesuatu benda..bolehkah aku buat teori " bila kita terjatuh bila jalan sorang sebenarnya ia disebabkan syaitan yang selip kaki kita" masuk akal kah? logik teori aku tu dah sama mcm artikel ni..cuma artikel ni sound more convincing la sebab dari segi penulisannya..tapi logik tetap sama..dua2 blank tak dak source..any sane mentality would say this is bullshit..please jangan jadi shallow sangat cepat percaya perkara mcm ni hanya dengan kerana diterangkan di dalam penulisan artikel..
ReplyDeletebenda memang pernah berlaku. ni mst jrng membaca ni.kalau nk tahu sgt kene tanya org yg lebih arif la.
ReplyDeleteyang baik itu datang dari allah,yang buruk itu datang dari kita sendri..kte manusia makhluk yang lemah..jaga solat 5 waktu n istiqamah dalam solat insyallah kte akn di jauhkn sagala perkara yang buruk..jika kita jaga hubugan dgn allah,allah pn akn jaga kte...ape2 pn terima kasih buat penamerah info pengentahuan yg baik..
ReplyDeleteassalam.wah rmai genius2 moden kt sini alhmdlillh.sy x pndai speaking..cm nk bgtau kit kna jg amiktau psl musuh kta.bru kt blh bsdia brprang ngn msuh ye tak.?tau ke mnatang pa qarin tu? tq admin sbutir mutiara tu cma bg yg bkehendak je dpt..wassalm
ReplyDelete